Jong (kapal Nusantara)

Jong jawa bertiang tiga di Banten, 1610.

Jong (juga disebut djong, jung atau junk) merupakan sejenis kapal tradisi dan kapal layar kuno yang berasal dari Jawa, dan digunakan secara am oleh pelayar Jawa dan Sunda; dan juga pada abad-abad kemudian, oleh pelayar Pegu (orang Mon) dan Melayu. Perkataan itu adalah dan dieja sebagai "jong" dalam bahasa asalnya,[1][2] ejaan "djong" ialah romanisasi Belanda kolonial.[3]:71 Jong digunakan terutamanya sebagai kapal penumpang dan kapal kargo, boleh mencapai Lautan Atlantik pada zaman kuno. Berat mereka berkisar antara 40 hingga 2000 tan mati,[catatan 1] dengan berat mati purata 1200–1400 tan semasa era Majapahit. Kerajaan Jawa seperti Majapahit, Kesultanan Demak, dan Kesultanan Kalinyamat menggunakan kapal ini sebagai kapal perang, tetapi masih dominan sebagai kapal angkut.[4]:59-62[5]:308[6]:155 Kesultanan Mataram menggunakan jong utamanya sebagai kapal dagang daripada kapal perang.[7]:1354

Untuk armada perang mereka, orang Melayu lebih gemar menggunakan kapal-kapal panjang dengan drauf cetek, berdayung, yang serupa dengan gali; seperti lancaran, penjajap, dan kelulus.[catatan 2] Ini sangat berbeza dengan orang Jawa yang lebih suka kapal-kapal bulat dengan drauf dalam dan dapat mencapai jarak jauh seperti jong dan malangbang. Punca perbezaan ini adalah kerana orang Melayu mengendalikan kapal mereka di perairan sungai, zon selat terlindung, dan persekitaran kepulauan, manakala orang Jawa sering bergiat di laut terbuka dan laut dengan ombak tinggi. Selepas pertemuan dengan orang Iberia, kedua-dua armada perang Jawa dan Melayu mula menggunakan lebih banyak ghurab dan ghali.[5]:270-277, 290-291, 296-301[10]:148, 155

  1. ^ Company, Houghton Mifflin Harcourt Publishing. "The American Heritage Dictionary entry: junks". ahdictionary.com. Dicapai pada 2020-10-12.
  2. ^ "junk | Origin and meaning of junk by Online Etymology Dictionary". www.etymonline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-12.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :202
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
  5. ^ a b Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
  6. ^ Wade, Geoff (2012). Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-981-4311-96-0.
  7. ^ Lach, Donald Frederick (1998). Asia in the Making of Europe, Volume 3: A century of advance. Book 3: Southeast Asia. University of Chicago Press.
  8. ^ Birch, Walter de Gray (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774 Vol. III. London: The Hakluyt Society, muka surat 68; dan Albuquerque, Afonso de (1774). Commentários do Grande Afonso Dalbuquerque parte III. Lisboa: Na Regia Officina Typografica, muka surat 80–81.
  9. ^ Manguin, Pierre-Yves (1993). 'The Vanishing Jong: Insular Southeast Asian Fleets in Trade and War (Fifteenth to Seventeenth Centuries)', in Anthony Reid (ed.), Southeast Asia in the Early Modern Era (Ithaca: Cornell University Press), muka surat 212.
  10. ^ Manguin, Pierre-Yves (2012). Lancaran, Ghurab and Ghali: Mediterranean impact on war vessels in Early Modern Southeast Asia. Dalam G. Wade & L. Tana (Eds.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (m/s. 146–182). Singapore: ISEAS Publishing.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "catatan", tetapi tiada tag <references group="catatan"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search